FOLLOWER

siti

Terima kasih kerana melayari blog saya

Ahad, 29 April 2012

SENARAI NILAI MURNI


BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)


NILAI

PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA

RAJIN

Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

TOLONG-MENOLONG

MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah/

BEKERJASAMA

bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding  bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat

BAIK HATI

Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja kawan makan/tidak berdendam

PEMURAH/
MURAH HATI

Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi…

JUJUR

bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan

AMANAH

melakukan  tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan.

RELA/SANGGUP BERKORBAN

Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/
secara sukarela

MENGHARGAI MASA

Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

MENGHARGAI / MEMBALAS JASA

Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/
memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit

PRIHATIN

Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur

BERDISIPLIN

Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi  peraturan dan undang-undang.


BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)



MENJAGA KEBERSIHAN


Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah


MENJAGA KESIHATAN

Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/
bermain badminton


MENJAGA KESELAMATAN

Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan kanan/memakai topi keledar

SEMANGAT PATRIOTIK

Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/
melawat Tugu Negara/tempat bersejarah

TABAH/SABAR/
CEKAL

Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/
dugaan/diejek/dihina/dibuli

PERAMAH/MUDAH MESRA

Bertanya khabar/menyapa kawan

IKHLAS

Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan

KASIH SAYANG/ SIMPATI

Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin

RASIONAL

Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya

TAAT / PATUH

Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru
Mengikut peraturan

SEMANGAT BERMASYARAKAT
/ KEJIRANAN

Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit
Ziarah kematian – ucap takziah
Beri makanan kepada jiran / tolong jiran

BERTANGGUNGJAWAB


Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan  negatif

BERDIKARI

Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut


BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)



KEBEBASAN

Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu…

BERSIKAP SEDERHANA

Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru

BIJAKSANA /
BIJAK BERFIKIR /
BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN

Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.

BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA BESAR

Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doctor

DEDIKASI

Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-sungguh

BERDIKARI

Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR

Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati

MEMPUNYAI JATI DIRI

Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi cubaan/rintangan/kesusahan

BERANI

Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah
/ mempertahankan diri

HORMAT / MENGHORMATI

Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik / bangun apabila guru masuk ke dalam kelas.






Sabtu, 14 April 2012

Penggunaan Kata Adjektif dalam Penulisan (Darjah 3 dan 4)

NILAI MURNI


NILAI-NILAI MURNI
Berdasarkan nilai-nilai murni berikut, sila pilih nilai yang sesuai untuk
diserapkan dalam huraian dapatan kajian anda.
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
1.2 Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
1.3 Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam
kehidupan.
1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan sempurna.
1.5 Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
1.9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati
yang ikhlas.
1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar.
1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara
bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang
diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan
keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem.
3.2 Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam
sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
3.3 Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk
kesejahteraan hidup.
3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha
menyelesaikannya.
NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
4.1 Cinta Akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri.
4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian
untuk negara.
NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan
mereka yang sempurna.
5.2 Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.5.3 Melindungi Hak Pekerja
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan
pekerja dalam pembangunan negara.
5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa
tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
5.5 Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat
perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa
mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
6.2 Kebebasan Bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga
keselamatan dan ketenteraman.
6.3 Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan
mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
6.5 Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan
kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
7.1 Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan
keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti
atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
7.3 Saling Menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan
sejagat.

KATA ADJEKTIF


KATA ADJEKTIF
– kata yang digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu kata nama
- Terbahagi kepada beberapa jenis

SIFAT/KEADAAN
Contoh        : subur, sihat, cergas.
Contoh Ayat:
1.    Pak Halim membubuh baja supaya  tanamannya subur.
2.    Senaman melahirkan masyarakat yang cergas.

UKURAN
 Contoh          : kecil, rendah, kerdil
Contoh Ayat
1.    Ahmad rendah berbanding adiknya.
2.    Adik bongsu saya masih kecil.

WARNA
Contoh           ; kelabu, kuning, hijau
Contoh Ayat
1.    Kereta berwarna biru itu milik abang.
2.    Bunga kekwa berwarna kuning.
                                                                                        

BENTUK
 Contoh        : bundar, kempis, bujur.
 Contoh Ayat:
1.    Bola ragbi berbentuk bundar
2.    Tayar basikal saya pancit  kerana tercucuk paku.
                                                                                                                  
WAKTU:
    Contoh: segera, silam, suntuk.
    Contoh Ayat:
1.    Adik segera menjawab panggilan telefon itu
2.     Saya tersenyum apabila teringat kisah silam.

PERASAAN
    Contoh: kecewa, bahagia, ceria.
    Contoh Ayat:
1.    Balasundram bahagia kerana mempunyai ibu bapa yang baik.
2.    Kim Seng  kecewa kerana tidak dapat mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur.

CARA 
        Contoh: cepat, jarang, laju.
         Contoh Ayat:
1.    Abu  berjalan dengan laju kerana terlewat ke sekolah.
2.    Marry dapat menjawab soalan Matematik itu dengan cepat.

PANCAINDERA
 Contoh: pahit, masin, tawar.
  Contoh Ayat:
1.    Sup itu tawar kerana emak terlupa membubuh garam.
2.    Ubat batuk itu sangat pahit.






Selasa, 10 April 2012


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1

Tarikh / Hari     :  03.04.2012 ( ISNIN )                       Masa               : 8.15 – 9.15 pagi
Kelas               :  2 KAMIL                                                                                                      
Bil. Murid         : 30 orang
Mata pelajaran :  Bahasa Melayu
Tajuk/Unit 1     :  Amalan Pemakanan Yang Sihat – Makanan Seimbang

Objektif            :  Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
1.      Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada petikan yang dibaca.
2.      Memilih dan mengenal pasti jenis-jenis makanan seimbang.
3.      Mengelaskan maklumat dan memberikan jawapan yang betul pada lembaran yang diedarkan.

Pengetahuan sedia ada          : Manusia memerlukan makanan untuk hidup.
Konsep                                    : Zat makanan, makanan seimbang dan budaya hidup sihat.
Bahan                                      : Slide piramid makanan, kad-kad perkataan, buku teks
Nilai                                         : Kesederhanaan – mengambil makanan mengikut keperluan.
Kemahiran                              : Kemahiran berfikir:
                                                            - mengenal pasti idea utama dan idea sokongan.
                                                            - mengelaskan.
                                                            - membanding dan membeza.



                                                                                                                                                          
Langkah/Masa
Isi/Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
  (5 minit)
Makanan
Guru menayangkan slide piramid makanan.
Guru meminta murid menamakan  makanan yang dilihat.
Menerangkan kepentingan makanan kepada manusia.

Menamakan makanan yang dilihat.
Slide piramid makanan.
Kad gambar:
Roti, ikan, kentang
susu kotak, lobak
Perkembangan
Langkah 1
 (5 minit)

Langkah 2
 (15 minit)



Langkah 3
 (15minit)



Langkah 4
  (15 minit)
Makanan seimbang



Kepentingan
Makanan
seimbang


Kepentingan
Makanan
Seimbang


Zat-zat makanan

Menunjukkan carta piramid makanan sambil memberi penjelasan


Membaca petikan bersama murid.
Mendengar dan membimbing bacaan murid.
Berbincang nutrien dalam makanan – karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian .

 Berbincang dan membimbing mengelaskan jenis-jenis makanan.



Memberi arahan untuk menjawab soalan.

Murid mendengar dan
bersoal jawab.


Membaca petikan dan bersoal jawab



Murid mengelaskan makanan secara berkumpulan.



Menulis maklumat makanan mengikut jenisnya.

Carta Piramid
Makanan


Petikan ,Kad Perkataan



Kad perkataan :
Roti, ikan, kentang ,susu
Lembaran kerja
LAMPIRAN 1
Penutup
 (5 minit)
Membuat
Kesimpulan
Berbincang tentang jawapan yang ditulis oleh murid.
Murid membuat pembetulan. Contoh: kesalahan ejaan.
Pengukuhan

Makropengajaran Bahasa Melayu