Jumaat, 7 Disember 2012
Rabu, 28 November 2012
Isnin, 22 Oktober 2012
Khamis, 4 Oktober 2012
Khamis, 20 September 2012
Jumaat, 24 Ogos 2012
Selasa, 21 Ogos 2012
Isnin, 6 Ogos 2012
Isnin, 16 Julai 2012
Isnin, 18 Jun 2012
Ahad, 17 Jun 2012
Isnin, 11 Jun 2012
Sabtu, 19 Mei 2012
Khamis, 17 Mei 2012
Selasa, 15 Mei 2012
Isnin, 14 Mei 2012
Jumaat, 11 Mei 2012
masam manis: FRUITS CHOCOLATE TART
masam manis: FRUITS CHOCOLATE TART: Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua yang masih sudi lagi menjenguk-jenguk dapur Masam Manis ni.. Apa khabar semua? Harapan dan d...
Ahad, 29 April 2012
SENARAI NILAI MURNI
BM 012 UPSR : SENARAI
NILAI MURNI (BAHAGIAN C)
NILAI
|
PERBUATAN /
AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA
|
RAJIN
|
Mengulang
kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu
belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan
|
TOLONG-MENOLONG
|
MEMBANTU
ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru
di sekolah/
|
BEKERJASAMA
|
bergotong-royong
/ bermain dgn. bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat
|
BAIK HATI
|
Memaafkan
kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja kawan makan/tidak
berdendam
|
PEMURAH/
MURAH HATI
|
Memberi
hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi…
|
JUJUR
|
bercakap
benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan
|
AMANAH
|
melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan
rahsia/wang yang diamanahkan.
|
RELA/SANGGUP
BERKORBAN
|
Menawarkan
diri untuk melakukan sesuatu perkara/
secara
sukarela
|
MENGHARGAI MASA
|
Bangun
awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja
rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan
|
MENGHARGAI /
MEMBALAS JASA
|
Mengucapkan
terima kasih/memuji kebaikan/
memberikan
hadiah/memberikan ganjaran/duit
|
PRIHATIN
|
Menolong
orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip sampah di atas
lantai/menegur
|
BERDISIPLIN
|
Mengenal
diri dengan cara menerima dan mematuhi
peraturan dan undang-undang.
|
BM 012 UPSR :
SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)
MENJAGA
KEBERSIHAN
|
Menjaga
kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah
|
MENJAGA
KESIHATAN
|
Makan
makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/
bermain
badminton
|
MENJAGA
KESELAMATAN
|
Berhati-hati/memeriksa
kenderaan/memandang ke kiri dan kanan/memakai topi keledar
|
SEMANGAT
PATRIOTIK
|
Berdiri
apabila mendengar lagu Negaraku/
melawat
Tugu Negara/tempat bersejarah
|
TABAH/SABAR/
CEKAL
|
Tidak
kecewa dengan kematian/kesusahan/
dugaan/diejek/dihina/dibuli
|
PERAMAH/MUDAH
MESRA
|
Bertanya
khabar/menyapa kawan
|
IKHLAS
|
Menolak
ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan
|
KASIH SAYANG/
SIMPATI
|
Memeluk
anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin
|
RASIONAL
|
Melakukan
sesuatu setelah memikirkan kebaikannya
|
TAAT / PATUH
|
Mengikut
arahan/nasihat ibu bapa/guru
Mengikut
peraturan
|
SEMANGAT
BERMASYARAKAT
/ KEJIRANAN
|
Gotong-royong
kenduri / ziarah jiran sakit
Ziarah
kematian – ucap takziah
Beri
makanan kepada jiran / tolong jiran
|
BERTANGGUNGJAWAB
|
Memulangkan
harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan negatif
|
BERDIKARI
|
Membuat
sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut
|
BM 012 UPSR :
SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)
KEBEBASAN
|
Mengeluarkan
pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu…
|
BERSIKAP
SEDERHANA
|
Merendah
diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru
|
BIJAKSANA /
BIJAK BERFIKIR /
BIJAK MEMBUAT
KEPUTUSAN
|
Bertindak
dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.
|
BERWAWASAN /
BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA BESAR
|
Ingin
berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran
ke menara gading/ ingin menjadi doctor
|
DEDIKASI
|
Berminat
dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah
/ bekerja dengan bersunggguh-sungguh
|
BERDIKARI
|
Membuat
sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut
|
BERTOLERANSI /
BERTOLAK ANSUR
|
Memaafkan
kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas
tindakan rakan / tidak mengambil hati
|
MEMPUNYAI JATI
DIRI
|
Tahan
lasak / cekal hati / tabah menghadapi cubaan/rintangan/kesusahan
|
BERANI
|
Menyatakan
kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah
/
mempertahankan diri
|
HORMAT /
MENGHORMATI
|
Memberi
salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik / bangun apabila guru
masuk ke dalam kelas.
|
Sabtu, 28 April 2012
Ahad, 22 April 2012
Sabtu, 14 April 2012
NILAI MURNI
NILAI-NILAI MURNI
Berdasarkan nilai-nilai murni berikut, sila pilih nilai yang sesuai untuk
diserapkan dalam huraian dapatan kajian anda.
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
1.2 Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
1.3 Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam
kehidupan.
1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan sempurna.
1.5 Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
1.9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati
yang ikhlas.
1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar.
1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara
bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang
diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan
keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem.
3.2 Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam
sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
3.3 Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk
kesejahteraan hidup.
3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha
menyelesaikannya.
NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
4.1 Cinta Akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri.
4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian
untuk negara.
NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan
mereka yang sempurna.
5.2 Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.5.3 Melindungi Hak Pekerja
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan
pekerja dalam pembangunan negara.
5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa
tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
5.5 Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat
perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa
mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
6.2 Kebebasan Bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga
keselamatan dan ketenteraman.
6.3 Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan
mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
6.5 Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan
kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
7.1 Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan
keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti
atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
7.3 Saling Menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan
sejagat.
KATA ADJEKTIF
KATA ADJEKTIF
– kata yang digunakan untuk menerangkan sifat
sesuatu kata nama
- Terbahagi kepada beberapa jenis
SIFAT/KEADAAN
Contoh : subur,
sihat, cergas.
Contoh Ayat:
1.
Pak Halim membubuh
baja supaya tanamannya subur.
2.
Senaman melahirkan
masyarakat yang cergas.
UKURAN
Contoh : kecil, rendah, kerdil
Contoh Ayat
1.
Ahmad rendah
berbanding adiknya.
2.
Adik bongsu saya
masih kecil.
WARNA
Contoh ;
kelabu, kuning, hijau
Contoh Ayat
1.
Kereta berwarna
biru itu milik abang.
2.
Bunga kekwa
berwarna kuning.
BENTUK
Contoh
: bundar, kempis, bujur.
Contoh Ayat:
1.
Bola ragbi
berbentuk bundar
2.
Tayar basikal saya pancit
kerana tercucuk paku.
WAKTU:
Contoh: segera, silam, suntuk.
Contoh Ayat:
Contoh: segera, silam, suntuk.
Contoh Ayat:
1.
Adik segera menjawab
panggilan telefon itu
2. Saya tersenyum
apabila teringat kisah silam.
PERASAAN
Contoh: kecewa, bahagia, ceria.
Contoh Ayat:
Contoh: kecewa, bahagia, ceria.
Contoh Ayat:
1.
Balasundram bahagia kerana
mempunyai ibu bapa yang baik.
2.
Kim Seng kecewa kerana
tidak dapat mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur.
CARA
Contoh: cepat, jarang, laju.
Contoh Ayat:
1. Abu berjalan dengan laju kerana terlewat ke sekolah.
2. Marry dapat menjawab soalan Matematik itu dengan cepat.
PANCAINDERA
Contoh: pahit,
masin, tawar.
Contoh Ayat:
1.
Sup itu tawar kerana
emak terlupa membubuh garam.
2.
Ubat batuk itu
sangat pahit.
Selasa, 10 April 2012
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN 1
Tarikh / Hari :
03.04.2012 ( ISNIN ) Masa : 8.15 – 9.15 pagi
Kelas : 2 KAMIL
Bil. Murid : 30 orang
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk/Unit 1 : Amalan Pemakanan Yang Sihat – Makanan
Seimbang
Objektif : Pada
akhir pelajaran ini murid dapat:
1. Membaca dan mengecam isi-isi penting
daripada petikan yang dibaca.
2. Memilih dan mengenal pasti jenis-jenis
makanan seimbang.
3. Mengelaskan maklumat dan memberikan jawapan
yang betul pada lembaran yang diedarkan.
Pengetahuan sedia ada : Manusia memerlukan makanan untuk
hidup.
Konsep : Zat makanan, makanan seimbang
dan budaya hidup sihat.
Bahan : Slide piramid makanan,
kad-kad perkataan, buku teks
Nilai : Kesederhanaan – mengambil
makanan mengikut keperluan.
Kemahiran : Kemahiran berfikir:
- mengenal pasti idea utama
dan idea sokongan.
- mengelaskan.
- membanding dan membeza.
Langkah/Masa
|
Isi/Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Set
Induksi
(5 minit)
|
Makanan
|
Guru
menayangkan slide piramid makanan.
Guru
meminta murid menamakan makanan yang
dilihat.
Menerangkan
kepentingan makanan kepada manusia.
|
Menamakan
makanan yang dilihat.
|
Slide
piramid makanan.
Kad
gambar:
Roti,
ikan, kentang
susu
kotak, lobak
|
Perkembangan
Langkah
1
(5 minit)
Langkah
2
(15 minit)
Langkah
3
(15minit)
Langkah
4
(15 minit)
|
Makanan
seimbang
Kepentingan
Makanan
seimbang
Kepentingan
Makanan
Seimbang
Zat-zat
makanan
|
Menunjukkan
carta piramid makanan sambil memberi penjelasan
Membaca
petikan bersama murid.
Mendengar
dan membimbing bacaan murid.
Berbincang
nutrien dalam makanan – karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian
.
Berbincang dan membimbing mengelaskan
jenis-jenis makanan.
Memberi
arahan untuk menjawab soalan.
|
Murid
mendengar dan
bersoal
jawab.
Membaca
petikan dan bersoal jawab
Murid
mengelaskan makanan secara berkumpulan.
Menulis
maklumat makanan mengikut jenisnya.
|
Carta
Piramid
Makanan
Petikan
,Kad Perkataan
Kad
perkataan :
Roti,
ikan, kentang ,susu
Lembaran
kerja
LAMPIRAN 1
|
Penutup
(5 minit)
|
Membuat
Kesimpulan
|
Berbincang
tentang jawapan yang ditulis oleh murid.
|
Murid
membuat pembetulan. Contoh: kesalahan ejaan.
|
Pengukuhan
|
Ahad, 8 April 2012
Selasa, 3 April 2012
Selasa, 27 Mac 2012
Sabtu, 24 Mac 2012
Rabu, 14 Mac 2012
Berakhirnya 2011.
Tahun 2012 telah menjelang, bermaknanya bermulalah semester kedua buat kami pelajar-pelajar Ambilan Khas(46-47) intake Sept 2011.
Kami berazam akan terus berjuang sebagai pendidik berdedikasi, kuatkan iltizam, semangat jatidiri, ketekunan, kerjasama, prihatin, bersungguh, prihatin, bersungguh, positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan diri dalam bidang pendidikan. Insyallah.
Kami berazam akan terus berjuang sebagai pendidik berdedikasi, kuatkan iltizam, semangat jatidiri, ketekunan, kerjasama, prihatin, bersungguh, prihatin, bersungguh, positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan diri dalam bidang pendidikan. Insyallah.
Langgan:
Catatan (Atom)